Mampukah Aku Kembali Jadi Blogger?
by
Unknown
- June 09, 2017
Bismillahirahmanirahim..
Hari ni 10 June 2017, aku ambil keputusan untuk mula menulis kembali. Untuk kembali menjadi blogger. Blogger cabuk. Dulu memang aku pernah miliki blog sendiri yang sangat aku sayang, tapi malangnya blog tu hilang bersama kenangan-kenangan aku.
Tapi entah kenapa hari ni aku cuba untuk mengimbau kembali zaman itu. Dan aku mahu mulakan kembali. Yes, zaman sekarang bukan zaman blog, tapi zaman Facebook. Dan zaman sekarang bukan zaman orang habiskan banyak masa pada hobi, tapi orang lakukan sesuatu semuanya sebab duit.
Tapi aku nak cuba pupuk balik minat aku pada penulisan. Yes, aku ada Facebook yang mungkin ramai followers tapi aku masih takut untuk menulis. Takut untuk meluahkan. Aku takut.. Aku masih lagi dengan memikirkan "ape orang akan fikir" sedangkan mungkin orang pun xde masa utk tu semua. Haha.
Tapi, disini aku cuba. Aku cuba sekali lagi untuk jadi diri aku disini. Menulis apa sahaja yang nk tulis yg ada dalam benak fikiran ku. Agar mungkin ia jadi kenangan terindah untuk aku dimasa akan datang walaupun aku sendiri tak tahu samaada aku ada masa untuk ini ataupun tidak. Aku cuba...
Hari ini, adalah 15 Ramadhan. Dah 4 tahun aku sambut Ramadhan dengan suami. Tapi tahun ni, aku rasa masa aku terlalu sempit. Kami berdua seolah2 diburu waktu yang semakin hilang. Hilang bersama pelbagai komitment dan kehendak.
Kadang2 aku terfikir. Adakah orang lain seperti aku.. atau mungkin lebih teruk dari aku?
Tapi walau apapun, aku syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Terlalu besar nikmatnya..
Alhamdulillah....